SUA ABIM TAMPIL DALAM MALAM APRESIASI MAJLIS BELIA SABAH DI KK

August 29, 2022
editor@abim

SUA ABIM TAMPIL DALAM MALAM APRESIASI MAJLIS BELIA SABAH DI KK

19hb Ogos 2022: Alhamdulillah, Sdra. Mohammad Fazril Mohd Saleh, Setiausaha Agung ABIM yang juga Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dijemput menghadiri Malam Apresiasi Majlis Belia Sabah di Hotel Hilton, Kota Kinabalu.

Majlis telah disempurnakan oleh Datuk Ellron Alfred Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah yang mewakili Ketua Menteri Sabah. Program tersebut diadakan secara tahunan bagi menghargai jasa dan sumbangan belia dan pergerakan belia di Sabah.

Antara anugerah-anugerah yang disampaikan adalah, Anugerah Tokoh Belia Majlis Belia Sabah, Anugerah Ikon Kempimpinan Belia, Anugerah Ikon Sukarelawan Belia, Anugerah Ikon Niaga Belia dan Anugerah Pertubuhan Belia Cemerlang. Anugerah Tokoh Belia Majlis Belia Sabah diberikan kepada Sdra. Ahmad Farid Sainuri (Naib Yang Dipertua ABIM Sabah) manakala Anugerah Ikon Kempimpinan Belia dimenangi oleh Sdra. Muhammad Madani Mustapha (Timbalan Yang Dipertua ABIM Sabah).

Turut diluncurkan, buku nukilan Sdra. Farid Sainuri bertajuk “Dasar Pandang ke Cermin”.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR