SUK ABIM KONGSI KEHIDUPAN IDEAL ALAM KAMPUS DI STUDIO DAKWAH USIM

August 26, 2022
editor@abim

SUK ABIM KONGSI KEHIDUPAN IDEAL ALAM KAMPUS DI STUDIO DAKWAH USIM

24hb Ogos 2022 (Rabu): Alhamdulillah, Ustaz Dr Faridh Omar (Yang Dipertua ABIM Negeri Sembilan dan Setiausaha Kewangan ABIM Pusat) telah berkongsi berkaitan kehidupan ideal alam kampus di Studio Dakwah USIM. Dalam pengisian semasa program Malam Tautan @ USIM, Dr Faridh Omar telah mengingatkan mahasiswa agar memanfaatkan peluang dan ruang yang ada di universiti untuk mengilap potensi diri.

Beliau menegaskan bahawa survival kehidupan masa hadapan mencabar. Jadi para mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai “soft skill” dan membina jaringan dengan rakan-rakan dan terlibat dengan aktiviti persatuan. Lebih 40 orang telah menghadiri Program Malam Tautan @ USIM merupakan anjuran PKPIM USIM, Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) dan Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan (PPINS).

Terima kasih kepada yang telah hadir. Semoga kita berjumpa lagi!

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR