1,600 PESERTA SERTAI SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH ABIM DI SEREMBAN

October 22, 2022
editor@abim

SUKAN SEKOLAH ABIM SUDAH MULA!

Alhamdulillah, selamat maju jaya buat anak-anak kontinjen Majlis Ihtifal Sukan Sekolah ABIM Kebangsaan (MISSAK) XXI Tahun 2022 dari seluruh negara. Program bertempat di SRI Seremban, Negeri Sembilan pada 21-24hb Oktober 2022, dengan penyertaan sebanyak 1,600 orang peserta dari 25 buah sekolah di bawah kelolaan Yayasan Takmir Pendidikan yang terdiri daripada SERI dan SEMI ABIM.

Para peserta turut sama mendirikan Solat Subuh secara berjemaah. Pengalaman baru buat kebanyakan pelajar yang baru kali pertama menyertai MISSAK. Semoga diberi keselamatan kepada semua pelajar dan beroleh pengalaman berharga. Menang kalah adat pertandingan, yang penting lawan dulu!

Ayuh semua pelajar sekolah ABIM, bertandinglah sehabis baik untuk diri, sekolah, ibu bapa dan paling utama, Allah Subhanahu wa-Ta’ala!

#missak2022

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR