Sukarelawan Muda ABIM Raikan Hari Sukarelawan Antarabangsa Di UIAM

December 6, 2016
editor-media

5hb Disember 2016 (Isnin): Alhamdulillah, sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa 2016 yang disambut pada 5hb Disember setiap tahun, sesi gotong-royong membersihkan surau siswa dan siswi telah dijalankan di Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak. Turut serta dalam program ini ialah Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz, Setiausaha Agung ABIM Pusat serta Exco PKPIM, Saudara Ahmad Farhan. Alhamdulillah, meskipun mempunyai sesi kuliah usai program ini, para mahasiswa dan mahasiswi tidak kekok untuk meluangkan masa seawal pagi; bagi menyertai aktiviti penuh berfaedah ini. Sesungguhnya, setiap perkara baik — sekecil mana pun ia; mempunyai kesan serta manfaat tersendiri. Islam menganjurkan Umatnya untuk menghulurkan tangan serta berbuat baik kepada manusia lain; tanpa mengira latar status mahupun warna kulit mereka. Bersama kita sebarkan salam dan kesejahteraan; bersama semangat mengembangkan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Islam itu damai dan indah.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR