SYARAHAN KHAS SYEIKH DR. MUHANNA AL-HUBAIL (KANADA) DI KDH, KAJANG







SYARAHAN KHAS SYEIKH DR. MUHANNA AL-HUBAIL (KANADA) DI KDH, KAJANG
9hb Jun 2022: Alhamdulillah, telah berlangsung Syarahan Khas Syeikh Dr. Muhanna al-Hubail (Kanada) bertajuk “Zaman Kesedaran: Retrospeksi Pemikiran Islamis” di Bilik Syura, Tingkat 1, Kolej Dar al-Hikmah, Jalan ABIM, Kajang.
Majlis ini turut menampilkan al-Fadhil Ustaz Marwan Bukhari A. Hamid, penterjemah buku “Zaman Kesedaran: Memikir Kembali Wacana Islamis Dan Krisis Timur Tengah” yang dikarang oleh Syeikh Muhanna.
Dr. Muhanna yang kini bermastautin di Kanada, telah menulis 5 buah buku, di antaranya ialah ‘Zaman Kesedaran’ yang penting diamati peminat pemikiran Islam. Naskah ini telah diterjemah dan diterbitkan oleh ABIM Press.
•••
Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H
Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/
#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti