SYEIKH DR. MUHANNA AL-HUBAIL (KANADA) BERI PERKONGSIAN BERSAMA MAHASISWA UIAM GOMBAK

June 13, 2022
editor@abim

SYEIKH DR. MUHANNA AL-HUBAIL (KANADA) BERI PERKONGSIAN BERSAMA MAHASISWA UIAM GOMBAK

10hb Jun 2022: Alhamdulillah, bertempat di Auditorium Perpustakaan Dar Al-Hikmah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, Syeikh Dr. Muhanna al-Hubail telah memberikan perkongsian penuh bermakna bersama pelajar-pelajar UIAM.

Ilmuwan yang senang didekati, merendah diri dan menghormati waqi’ dan konteks. Kita perlu lebih ramai ilmuwan sebegini.

Beliau yang kini bermastautin di Kanada, telah menulis 5 buah buku, di antaranya ialah ‘Zaman Kesedaran’ yang penting diamati peminat pemikiran Islam. Naskah ini telah diterjemah dan diterbitkan oleh ABIM Press.

Hadir sama, Prof. Madya Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti) UIAM dan Sdra. Mohammad Fazril Mohd Salleh (Setiausaha Agung ABIM).

Pihak ABIM mengucapkan penghargaan kepada IIUM Student Union, IRKHSSS dan Dar Al-Hikmah Library yang menganjurkan sesi kali ini.

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR