Syeikh Khalid al-Raddadi (Ulama dari Madinah) telah pulang ke Rahmatullah

July 4, 2022
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke Rahmatullah Almarhum Syeikh Khalid al-Raddadi rahimahullah pada 3hb Jun 2022.

Beliau merupakan alim Madinah, pakar dalam kajian hadis dan prolifik menghasilkan penulisan dalam bidangnya. Almarhum disayangi oleh para pelajarnya di Maahad di Universiti Islam Madinah.

Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhum. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita hadiahkan al-Fatihah.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR