Syeikh Saleh al-Luhaidan, ‘alim besar dan guru para qadhi di Arab Saudi, meninggal dunia

January 24, 2022
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian ke Rahmatullah – Syeikh Saleh bin Muhammad al-Luhaidan rahimahullah, ‘alim besar dan guru para qadhi di Arab Saudi, pada 5hb Januari 2022 pada usia 90 tahun.

Dilahirkan di Bukayriyah, Qassim pada 1932, Almarhum pernah mengetuai Mahkamah Kerajaan Arab Saudi selama lebih dari dua dasawarsa hingga 2009. Beliau juga menjadi anggota terkemuka di Dewan Ulama’ Senior Arab Saudi sejak didirikan pada 1971.

Selama hidupnya, Almarhum kerap menyampaikan khutbah di Masjidil Haram. Beliau juga mengawasi penerbitan majalah “Raya al-Islam” dan tercatat sebagai anggota Liga Muslim Dunia yang berpengkalan di Saudi.

Allahummaghfirla-hu warham-hu wa ‘afi-hi wa’ fuan-hu. Sesungguhnya, kita milik Allah Subhanahu wa-Ta’ala selama-lamanya.

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala merahmati Almarhum, dan menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR