Tabarro’ Project Diteruskan Di Zagazig

August 14, 2015
editor-media

7 Ogos 2015, Zagazig, Mesir:- Alhamdulillah semalam kita berjaya mengumpulkan 100 orang dari pelbagai latar belakang dan persatuan untuk sama-sama menjayakan Tabarro’ Zagazig. Cuaca yang cukup terik semalam tidak menjadi penghalang sedikitpun untuk para AJK dan sukarelawan untuk terus berbakti, mengecat, mengutip sampah mahupun melayani anak-anak yatim yang berbagai-bagai kerenahnya.

Di samping itu, perkhidmatan pemeriksaan secara percuma turut dikendalikan oleh para peserta yang turut terdiri daripada mahasiswa jurusan perubatan yang belajar di Mesir. Jutaan terima kasih kami ucapkan buat semua yang menjayakan program ini. Moga kita semua pulang semalam membawa secebis kenangan manis bersama, dan semoga usaha kita yang tiada seberapa ini diberkati dan diterima oleh Allah.

 

Kerja-kerja mengecat dan gotong royong sudah bermula! Harap semua sukarelawan teguh di bawah panas mentari hari ini 🙂

Posted by Tabarro’ Project on Friday, 7 August 2015

 

Oleh: Fitri Mohd Yusoff

Posted by Tabarro’ Project on Monday, 10 August 2015

 

Oleh: Atiqah Abd Rahim

Posted by Tabarro’ Project on Monday, 10 August 2015

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo