Apresiasi Naib Presiden Helwa Buat Guru-Guru Madrasah Uthmaniah ABIM Pulau Pinang.

December 5, 2019
editor-media

 


Majlis Apresiasi Ke-6 & Makan Malam Madrasah Uthmaniah (MUA) ABIM semalam meraikan pelajar Tahun 6 dan Pelajar Kelas Tahfiz ABIM yang menerima Sijil Penghargaan dan Anugerah yang disampaikan oleh Naib Presiden ABIM Pusat merangkap Ketua HELWA .

Majlis ini turut dihadiri oleh pimpinan WADAH, ABIM dan PEMBIMBING Negeri Pulau Pinang. Turut hadir sama Dr. Ahmad Majid selaku Ahli Jemaah Pengurusan Sekolah , Dr Misni Surif (Pengerusi YTPN Pulau Pinang) dan Ahli JK Jemaah Ibu Bapa dan Waris ( JIWA@PIBG).

Majlis dirasmikan oleh Saudari Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Dalam apresiasinya beliau mengatakan:-

fatin nur majdina nordin 

“Bertemu dengan pelajar-pelajar dalam Majlis Graduasi adalah suatu yang sangat bermakna kerana di sana kita lihat harapan dan peluang untuk generasi masa depan. Pendidikan ABIM berhasrat melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek akademik, akhlak dan agama bagi menghadapi masa depan yang semakin mencabar”.

“Terima kasih juga kepada barisan guru yang tidak pernah putus asa dan bersungguh-sungguh dalam mendidik para pelajar. Selain para pelajar, guru-guru juga diraikan dengan pelbagai anugerah khususnya tokoh guru, jasa guru berkhidmat di MUA dan pelbagai jasa-jasa yang pastinya sangat bermakna,” jelas beliau yang berasal daripada Permatang Pauh, Pulau Pinang ini.

Tahniah buat semua pelajar MUA yang bakal memasuki alam Sekolah Menengah. Tahniah juga buat guru-guru yang berdidikasi berkhidmat sepanjang berada di Madrasah Uthmaniah ABIM & penerima Anugerah Khidmat Bakti (5 tahun), Anugerah Guru Cemerlang Agama yang disandang oleh ustaz Ahmadhakamulhaadi dan Anugerah Guru Cemerlang Akademik yang disandang oleh Cikgu Ruhaizah Mohd Hatta.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR