Terima Kunjungan Naib Presiden IHH Turki - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Terima Kunjungan Naib Presiden IHH Turki

9 Julai 2014, Gombak: Timbalan Presiden WADAH, Tuan Haji Ahmad Azam yang juga Penolong Setiausaha Agung UNIW, menerima kunjungan pemimpin IHH Turki, sebuah NGO Kemanusiaan terkenal di Turki.

Naib Presiden Yavuz Dede dan Izzet Sahin. Mereka memohon rakyat Malaysia jangan lupakan krisis kemanusiaan di Syria. Rejim Assad telah membunuh ratusan ribu rakyat Syria berbanding Israel membunuh rakyat Palestin. Krisis ini bukan antara Islam sesama Islam, tetapi antara kuasa regional dan kuasa besar yang mana umat yang tak berdosa menjadi bidak catur yang menelan jumlah korban yang sangat besar. Jangan biarkan orang awam dan kanak kanak terus menjadi mangsa pembunuhan. Bantulah mereka dengan dana yang mencukupi