Almarhum Rayyan – simbol cinta dan pengorbanan…
Kanak-kanak lima tahun yang terperangkap di dalam sebuah perigi berhampiran bandar Chefchaouen, Maghribi sejak Selasa disahkan telah meninggal dunia. Menurut laporan media antarabangsa yang memetik kenyataan yang dikeluarkan Istana Diraja Maghribi, Rayan Awram telah meninggal dunia sebelum berjaya dibawa keluar pasukan penyelamat.
Misi menyelamat Rayan yang terjatuh di dalam lubang perigi sempit sedalam 32 meter itu mendapat perhatian dunia dan orang ramai menitipkan doa agar mangsa dapat diselamatkan. Kejadian dikatakan bermula apabila mangsa dilaporkan hilang ketika bermain.
Rayan menyatukan seluruh dunia. Daripada anak kecil hebat ini kita belajar untuk terus kuat, percaya dan tidak putus asa. Bagaimana sosok kecil ini berjuang untuk dirinya juga keluarganya, bahkan untuk kita semua cukup mengagumkan. Semua yang terjadi adalah dengan kuasa Allah. Damailah kamu di sana, nak.