Terrorisme Tidak Mengenal Agama

December 17, 2014
editor-media

Dari Sydney ke Penshawar, istilah terrorisme kembali dipalitkan dengan Islam. Hakikatnya terrorisme tidak ada kaitan dengan Islam. Ia adalah berkaitan kebodohan sebilangan umat Islam yang menjustifikasi tindakan mereka atas nama Islam. Islam tidak mengajarkan umatnya menghalalkan sebarang pembunuhan. Ini bukanlah Islam. Ini bukan wajah Islam. Terrorisme juga tidak ada kaitan dengan mana-mana agama. Mereka-mereka yang menuduh Islam terlupa bahawa Sami Buddha juga telah membunuh umat Islam di Arakan, membakar dan menghalau umat Islam dari bumi Arakan.

Pemberontak Tamil pernah membunuh umat Islam di Sri Lanka, Yahudi Zionis telah membunuh beribu-ribu umat Islam dari bangsa Palestin dan menghalau mereka dari bumi Palestin. Terrorisme adalah jenayah bangsa yang tidak beragama, bangsa yang telah tercabut nilai kemanusiaan dari lubuk hati mereka. Bersamalah kita perangi terrorisme. Ini masa untuk kita tonjolkan Islam itu agama sejahtera dan selamat, bukan agama pengganas! Semoga Allah memelihara Islam dari kebodohan umatnya!

 

Khairul Anwar Ismail (Ketua Biro Undang-Undang ABIM)

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR