Timbalan Presiden ABIM Sertai Muktamar Antarabangsa Uighur Di Istanbul, Turkiye

July 19, 2022
editor@abim

TIMBALAN PRESIDEN ABIM SERTAI MUKTAMAR ANTARABANGSA UIGHUR DI ISTANBUL, TURKIYE

Alhamdulillah, Ustaz Mohd Khairul Anwar Ismail (Timbalan Presiden ABIM) telah berperanserta dalam Muktamar Antarabangsa Tentang Hal Ehwal Turkistan Timur, pada 12-14hb Jun 2022, bertempat di Istanbul, Turkiye yang dihadiri oleh Ahli Parlimen, para Ilmuwan, serta aktivis-aktivis kemanusiaan Uighur seluruh dunia dari lebih 40 buah negara.

Objektif perhimpunan ini adalah bagi menerangkan serta memobilisasi pandangan umum khususnya Dunia Islam tentang penderitaan yang dialami oleh umat Uighur.

Hadir sama dalam Muktamar ini ialah Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (KUMS), Syeikh Dr. Ali al-Qaradaghi.

Pada 7hb Julai 2022 (Khamis) telah berlangsung satu Forum Kemanusiaan Peduli Uighur bersama Ahli Parlimen Malaysia dan Pemimpin Badan Masyarakat Madani (CSO) anjuran ABIM Pusat dan Pejabat Parlimen Setiawangsa (YB Nik Nazmi Nik Ahmad). Dalam forum ini turut dilancarkan buku “Neraka Komunis: Kisah Benar Kaum Muslim Uyghur Di Belakang Tabir Besi” terbitan ABIM Pusat.

Pada 5hb Julai 2022 (Selasa), para aktivis ABIM serta wakil daripada 51 buah Badan Masyarakat Madani (CSO) berarak menghantar bunga raya dalam pasu dan patung beruang panda sebagai simbolik, beserta memorandum kepada Kedutaan Besar China di Jalan Ampang sebagai simbolik keamanan.

#SaveUyghur #PeduliUighur #MeTooUyghur

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR