Tingkatkan Kesedaran Mengenai Keselamatan Dan Peranan Wanita

May 8, 2019
editor-media

4hb Mei 2019 (Sabtu): Alhamdulillah, YAB Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah merasmikan “International Conference of Women Security and Global Challenges 2019 (ICWSGC 2019)” anjuran anjuran SALWA, ABIM dan PKPIM. Dalam ucapannya, beliau menyentuh soal negara dan rantau ini memerlukan lebih banyak pangkalan data, supaya isu-isu khusus mengenai wanita dapat ditangani dengan tepat. Beliau turut menyampaikan hasrat agar dapat lihat lebih banyak usaha penyelidikan dan penyebaran hasil penyelidikan tentang keselamatan wanita. Ramai tokoh tampil membuat pembentangan dan perkongsian, termasuklah Duta Turki ke Malaysia, TYT Dr Merve Safa Kavakci. Program ini bermatlamatkan untuk meningkatkan kesedaran kepada perlunya tanggungjawab yang lebih besar dalam menyantuni keselamatan wanita dalam hal politik, ekonomi, kesihatan dan teknologi, di samping memartabatkan peranan dan potensi wanita dalam menghadapi cabaran global.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR