Tok Mun meninggal dunia pada usia 103 tahun

July 4, 2022
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke Rahmatullah Almarhumah Tok Mun atau nama sebenar, Maimun Yusuf, 103 tahun pada 3hb Julai 2022.

Tok Mun yang pernah menceriakan politik negara, dilaporkan menghidap kanser, masalah hati dan buah pinggang meninggal dunia di rumahnya di Kampung Atas Tol, Terengganu.

Dilahirkan pada 24hb Jun 1919, Almarhumah Tok Mun pernah menjadi sebutan ramai berikutan menjadi calon wakil rakyat tertua di negara ini, dalam dua pilihan raya umum iaitu PRU12 pada 2008 dan PRU13 pada 2013.

Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhumah. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita hadiahkan al-Fatihah.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR