Tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang 2016/1438H Pulang ke Negeri Abadi

March 18, 2023
Admin Abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian ke Rahmatullah – Almarhum Dato’ Sr Hj. Mohd Zahry bin Shaikh Abdul Rahman pada 16hb Mac 2023.

Almarhum pernah menjadi Exco ABIM Pulau Pinang pada era 90an. Juga salah-seorang pengasas Islamic Outreach ABIM (IOA) Pulau Pinang lewat 80an dan 90an. Sehingga kini, IOA Pulau Pinang masih aktif beroperasi dalam menjalankan aktiviti dakwah di Lebuh Acheh, Georgetown, Pulau Pinang.

Almarhum juga merupakan pengasas Islamic Outreach ABIM Glasgow, Scotland sewaktu pengajian tinggi di Strathclyde University pada awal 90an.

Beliau juga adalah bapa mertua kepada pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid. Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) ini pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang pada 2016/1438H.

Allahummaghfirla-hu warham-hu wa ‘afi-hi wa’ fuan-hu. Sesungguhnya, kita milik Allah Subhanahu wa-Ta’ala selama-lamanya. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala merahmati Almarhum, dan menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR