Travelog Misi Banjir Pantai Timur: Pesanan Cikgu Amidi untuk Sukerelawan - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Travelog Misi Banjir Pantai Timur: Pesanan Cikgu Amidi untuk Sukerelawan

[Misi Presiden ABIM meninjau Pusat Operasi Banjir Skuad Prihatin ABIm Pantai Timur Kelantan – Terengganu – Pahang]

ABIM amat berbesar hati dengan penglibatan sukarelawan daripada pelbagai latar belakang menyertai MISI Banjir Pantai Timur minggu ini. Komitmen dan semangat anda semua amat dihargai. Presiden ABIM, Cikgu Amidi yang dihubungi awal pagi ini menjelaskan bahawa mereka yang terun ke lapangan perlu bersabar dan cekal membantu. Harus mampu untuk berhadapan dengan pelbagai situasi dan minda perlu bersedia kerana anda akan menemui pelbagai orang di lapangan. Bantu mereka selagi yang mampu.

 

Cikgu Amidi juga berpesa: “supaya sukarelawan sedar bahawa mereka di lapangan sedang Trauma dengan kejadian. Maka psikologi dan emosi mereka perlu dibantu”. Justeru ABIM menyeru seluruh rakyat Malaysia menghulurkan bantuan sebaiknya tanpa mengira latar belakang organisasi, parti, kaum, puak dan sebagainya. Ini adalah ujian Allah kepada kita supaya kita bersifat Ummatik.

Kita gerakkan MISI UMAT, DARI UMAT, UNTUK UMAT.

(Gambar: Sumbangan yang diterima dalam rangka lawatan Presiden ABIM ke pusat Operasi ABIM di Kelantan)

Presiden ABIM, Cikgu Amidi dalam rangka lawatan ke Pantai Timur meninjau pusat operasi ABIM diseluruh negeri. Beliau juga turut menemui ahli ABIM dan petugas Agensi ABIM yang menjadi mangsa Banjir. Beliau diiringi oleh wakil Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad saudara Azman, Exco Penyelidikan ABIM, Saudara Akmal Abdul Rahim serta Saudara Firdaus Mankind selaku Koordinator Media ABIM dan aktivis GRASS ABIM (Grup Alam Sekitar ABIM), Suudara Husaini (Tango). Misi bermula semalam, Rabu hingga Sabtu meliputi 3 negeri berikut.

Antara Pusat Operasi yang akan dikunjungi dan diselaras ialah:

  • Pusat Operasi Banjir ABIM di Bachok
  • Pusat Operasi Banjir ABIM di Kuantan
  • Pusat Operasi Banjir ABIM di Kuala Terengganu