Travelog: Misi Bantuan Banjir Pantai Timur (1 Januari 2014)

January 1, 2015
editor

Skuad Prihatin ABIM dengan kerjasama pelbagai NGO antaranya PKPIM, GPM dan lain-lain meneruskan misi mambantu mangsa banjir di Pantai Timur. Cuti hujung minggu ini dimanfaatkan sepenuhnya dengan menghantar sukarelawan daripada Lembah Klang ke Kelantan bermula hari ini terdiri daripada pekerja swasta, individu perseorangan, pelajar universiti awam dan swasta.

 

Menurut Ketua Pengarah Operasi Skuad Prihatin Misi Banjir ABIM, Puan Maria Kamel, pada minggu ini penumpuan diberikan dengan menghantar sukarelawan ke lapangan. Seramai 3 buah bas bertolak awal pagi tadi dengan kekuatan bantuan sukarelawan seramai 120 orang. Misi bertolak dari Pusat Operasi Skuad Prihatin di Gombak. Misi bantuan ini akan bergerak Kelantan dan berpusat di Pusat Operasi Banjir ABIM Kelantan di Bachok.

Selain itu, MISI ini juga turut diserta oleh 80 orang pelajar UIAM Kuantan (2 buah bas) ke lokasi-lokasi terbabit. Menurut Puan Maria lagi penumpuan sukarelawan kepada dua tugasan operasi iaitu:

  1. Misi Bantuan dan Pembersihan Hospital Raja Perempuan Zainab. Pihak ABIM bekerjasama dengan pihak hospital untuk misi pembersihan, bantuan sokongan dan lain-lain.Sukarelawan ini akan ditempatkan di sana dengan bantuan logistik serta makanan daripada pihak hospital.
  2. Misi Pembersihan dan Penghantaran Bantuan ke Lokasi sekitar Bachok, Kota Bharu dan Kuala Krai.

Sebahagian lagi para sukarelawan akan membantu kerja pengagihan bantuan RAKYAT MALAYSIA kepada lokasi tersebut. OPERASI akan berjalan selama 4 hari bermula daripada hari ini hingga Ahad di Kelantan.

Skuad ini juga menghantar 1 TEAM bantuan terdiri daripada 6 orang sukarelawan ke Temerloh Pahang yang diketui oleh Saudara Anwar Manap, Setiusaha Agung PKPIM. Kumpulan ini bergerak dari Gombak bersama 5 tan lori ke Temerloh. Selain daripada menyampaikan bantuan mereka akan membantu proses pembersihan di beberapa lokasi terpilih.

 

Pusat Media dan Komunikasi (KA)

Skuad Prihatin ABIM

 

#andahulurkankamisampaikan

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR