UCAPAN DASAR PRESIDEN ABIM: “MASA DEPAN PERADABAN KOSMOPOLITAN ISLAM: MEMBENTUK SIKAP OPTIMISTIK GENERASI BAHARU MUSLIM”

September 21, 2022
editor@abim

UCAPAN DASAR PRESIDEN ABIM: “MASA DEPAN PERADABAN KOSMOPOLITAN ISLAM: MEMBENTUK SIKAP OPTIMISTIK GENERASI BAHARU MUSLIM”

17hb September 2022 (Sabtu): Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Kosmopolitan Islam sempena Muktamar Sanawi ABIM ke-51, bertempat di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Selangor. Ucapan Dasar bertajuk “Masa Depan Peradaban Kosmopolitan Islam: Membentuk Sikap Optimistik Generasi Baharu Muslim” telah disampaikan oleh Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden ABIM).

Dalam Ucapan Dasarnya, Sdra. Faisal menekankan bahawa penegasan tentang gagasan Kosmopolitan Islām dan masyarakat Muslim yang dipelopori ABIM dalam diskusi gerakan Islam di Malaysia adalah sebagai salah satu wahana menuju visi besar ABIM untuk “Membina dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah”. ABIM dalam memasuki era pasca 50 tahun, menurut beliau lagi, akan bergiat lebih aktif menjadi “global player” bersama-sama Global Peace Mission Malaysia (GPM), untuk membina satu tatanan dunia baharu atas paksi ‘convivencia’ sejagat – kehidupan damai bersama di pentas global dengan lebih strategik.

Tambah Sdra. Faisal, kegiatan-kegiatan yang menonjolkan peranan ABIM di pentas global akan terus ditambah baik untuk merintis jalan baharu kesejagatan ini. Mobilisasi bantahan ke atas kekejaman dan pencabulan hak umat untuk beragama yang dilakukan mana-mana rejim dunia akan diteruskan tanpa mengira walau siapa pelakunya.

Beliau juga menyatakan bahawa kejayaan menanam nilai-nilai Bangsa Malaysia untuk digembleng sebagai wahana mengangkat kompas moral masyarakat mampu menjadi asas untuk bersama mencari jawapan kepada hambatan-hambatan perkembangan peradaban manusia.

Dengan penuh optimis, Sdra. Faisal yakin bahawa ia akan menjadi sebahagian daripada usaha kecil warga sejagat untuk meneruskan legasi ‘axial age’ untuk meniti perkembangan peradaban, yang dilengkapi dengan ciri-ciri keunggulan umat  serta asas kosmopolitan Islam dengan nuansa keterbukaan dan inklusif dan saling melengkapi antara satu sama lain.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti #MuktamarABIM51

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR