Ucapan Penghargaan buat Puan Jamaliah (Guru TASKI ABIM Sejak 1984)

March 10, 2022
editor@abim

UCAPAN TERIMA KASIH & SELAMAT BERSARA

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan Selamat Bersara kepada Puan Jamaliah binti Saad yang telah berkhidmat sejak 1984 bersama Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) ABIM. Beliau merupakan antara guru perintis TASKI ABIM Seberang Perai Utara (SPU) serta pernah mengikuti Kursus Asas Perguruan TASKI di Ma’ahad Tarbiyah Islamiyah Dehrang, Kedah.

Sepanjang berkhidmat, beliau pernah menabur jasa dan bakti bersama TASKI ABIM Nurul Iman, Nyior Sebatang (1984); TASKI Nurul Iman, Lahar Yooi (1985 – 1994); TASKI ABIM Scotland, Strathclyde University Mosque (1995 – 1997); dan TASKI ABIM Nurul Yaqin, Tasek Gelugor (1998-2021).

Ketika mengikuti suaminya menyambung pengajian di Scotland, beliau bersama-sama menggerakkan TASKI ABIM Scotland, Strathclyde University Mosque. Di sana, beliau mendidik anak-anak pelajar Malaysia yang berumur 5 & 6 tahun.

Seluruh warga ABIM mendoakan semoga Puan Jamaliah sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta. Alhamdulillah, pihak ABIM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas perkhidmatan cemerlang yang telah disumbangkan sekian lama (37 tahun). Terima kasih, selamat bersara dan jasamu tetap dikenang.

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR