UCAPTAMA PERASMIAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA KOSMOPOLITAN ISLAM SEMPENA MUKTAMAR SANAWI ABIM KE-51
















UCAPTAMA PERASMIAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA KOSMOPOLITAN ISLAM SEMPENA MUKTAMAR SANAWI ABIM KE-51
17hb September 2022 (Sabtu): Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Kosmopolitan Islam sempena Muktamar Sanawi ABIM ke-51, bertempat di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Selangor. Ucaptama Persidangan telah disampaikan oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI – Presiden ABIM ke-2 dan Pengerusi Emeritus Institut Antabangsa Pemikir Islam – IIIT) sekaligus merasmikan Muktamar Sanawi ABIM kali ini. Persidangan kali ini bertemakan “Mengilham Kebangkitan, Meneroka Masa Depan.”
Beliau mengimbau pengalaman sewaktu dalam pergerakan ABIM bersama Almarhum Ustaz Dato’ Fadzil Noor dan Almarhum Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil serta teman-teman lain dalam menangani garis pemikiran Islam yang ta’sub dan fanatik. Beliau menegaskan bahawa amalan takfir atau kafir-mengkafir itu bukanlah dari tradisi dan budaya Islam.
Bibit-bibitnya yang kini cuba diarusperdanakan kembali oleh beberapa kelompok pemimpin politik berkepentingan haruslah dihentikan segera bagi mengelak agama Islam itu dilihat bengis dan tidak sesuai berada di tengah kelompok masyarakat majmuk. Konflik atau perbezaan pendapat dalam pelbagai isu agama dan masyarakat tidak seharusnya berakhir dengan tindakan melabel atau pendekatan yang ekstrem.
Sebaliknya, menurut DSAI, Islam itu tertegak dengan rahmah, sikap dan hujah yang intelektual serta yang selari dengan tradisi wacana yang segar dan sihat.
•••
Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h
Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/