Umat Islam Perlu Futuristik Memimpin Gelombang Baru Kebangkitan Islam

November 3, 2016
editor-media

29 Oktober 2016, Shah Alam:- Umat Islam perlu bersikap futuristik untuk memimpin gelombang baru kebangkitan Islam. Begitulah penegasan yang diberikan oleh Dr Zulkifli Hasan, Dekan Fakulti Syariah & Undang-Undang (USIM), ketika mengisi salah satu slot Seminar Masa Depan Kebangkitan Islam sempena dengan penganjuran muktamar Sanawi ABIM Kali Ke-45, di UNISEL, Shah Alam.

“‘The best way to predict the future is to create it.’ Apabila berbicara mengenai prospek masa depan yang strategik, sudah banyak buku-buku yang cuba untuk meneroka masa depan dengan penuh dramatik seperti the Age of the Unthinkable oleh Joshua Cooper Ramu, Physics of the Future oleh Michio Kaku, the World is Flat oleh Thomas L Friedman, Mind Set: Reset Your Thinking and See the Future oleh John Naisbitt, Revolutionary Wealth oleh Alvin Toffler dan The Post-American World oleh Fareed Zakaria.

Namun, sangat sedikit karya berbentuk sebegini yang dihasilkan oleh sarjana dari dunia Islam. Mungkin sudah sampai masanya dunia Islam memikirkan untuk membangunkan secara serius bidang ‘future studies’ dan seterusnya melahirkan lebih ramai pemikir masa depan berwibawa yang dapat membantu merancang dan mendepani cabaran dan realiti masa akan datang dengan lebih sistematik dan strategik.”

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo