Undang-Undang Sivil Juga Undang-Undang Islam

December 17, 2014
editor-media

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan undang-undang sivil yang diguna pakai di Malaysia juga sebahagian daripada undang-undang Islam. Ahli Exco Pusat Abim, Dr Zulkifli Hasan (gambar) berkata Malaysia bukanlah negara sekular kerana undang-undang sivil juga merupakan hukuman takzir yang digariskan dalam kanun jenayah Islam. “Kita bukanlah negara sekular. Kita meletakkan Islam di tempat yang paling tinggi dan usaha menguatkuaskan hudud juga adalah perjuangan menegakkan hukum Tuhan.

“Hudud boleh diaplikasikan di Malaysia seperti mana perbankan Islam. Kerajaan menerima perbankan Islam kerana memberi manfaat. Begitu juga hudud memberikan keamanan,” katanya ketika berucap di forum ‘Hudud: Pelaksanaan di Malaysia’ di Masjid Negeri di Shah Alam, Selangor hari ini. Sumber The Malaysian Insider

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR