UPSR:- SERI ABIM Dapat Keputusan Cemerlang

November 18, 2015
editor-media

17 Mei 2015, Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor:- Seramai 32 orang pelajar SERI ABIM Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor Darul Ehsan, telah mendapat keputusan 5A dalam setiap matapelajaran yang diambil untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015. Pencapaian itu yang diterjemahkan kedalam bentuk gred purata untuk sekolah (GPS) 1.42 merupakan antara yang terbaik di kalangan sekolah-sekolah di daerah Hulu Langat. Hadir meraikan para pelajar yang mengambil keputusan UPSR & PSRA ialah Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim serta Naib Presiden ABIM, Cikgu Khairuddin Abas, dan para guru SERI ABIM Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Selain penekanan terhadap pendidikan akademik serta agama secara konvensional, SERI ABIM Sungai Ramal Dalam turut mengembangkan potensi intelektual serta spiritual para pelajar menerusi pelbagai inovasi pendidikan. Antaranya ialah memperkenalkan anugerah hijrah untuk menggalakkan para pelajar memperbaiki diri mereka di samping pelbagai aktiviti spiritual, akademik serta ko-kurikulum. 

 

 

                                         

SERI ABIM Sungai Ramal Dalam, Kajang, adalah sebahagian daripada rangkaian SERI ABIM yang diwujudkan di seluruh negara. Alhamdulillah pencapaian para pelajar SERI dalam UPSR telah menunjukkan peningkatan. Terkini, ABIM Daerah Sungai Petani sedang membangunkan Kompleks Pendidikan Dar Al-Makrifat yang bakal menempatkan premis SERI ABIM Sungai Petani. Menurut makluman yang dikongsi oleh ABIM Daerah Sungai Petani, Dar Al-Maarif akan dikembangkan sebagai kompleks pendidikan Islam untuk dimanfaatkan oleh penduduk sekitar Sungai Petani.

 

                                                   

   

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR