Usrah Rehlah SALWA-HELWA-HEWI Negeri Perak di Chemor

February 21, 2022
editor@abim

Usrah Rehlah SALWA-HELWA-HEWI Negeri Perak di Chemor

23hb Januari 2022: Alhamdulillah, jika sebelum ni berusrah secara dalam talian, kali ini SALWA Wadah, HELWA ABIM dan HEWI KPIP mengambil peluang usrah santai dalam hutan, sambil menghayati keindahan alam ciptaan Allah Subhanahu wa-Ta’ala.

Bertempat di Air Terjun Kolam Air Panas Ulu Kuang, Chemor, Perak, semoga dengan usrah gabungan pertama tahun 2022 ini dapat mengeratkan ukhuwah yang terbina dan meningkatkan semangat dalam perjuangan dakwah, insya Allah.

Ustazah Husna yang juga Ketua HELWA Perak menyampaikan kisah Saidatina Asma RadiyAllahu ‘anha yang mengisahkan berkenaan semangat perjuangan sebagai seorang wanita, ibu, isteri dan dai’e dalam kehidupan seharian.

Semoga kita dapat mengambil ibrah dari kisah ketokohan ini dan menjadi contoh tauladan untuk kita amalkam bersama, insya Allah.


Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR