






USRAH WAP SELANGOR DI AYG BANGI
28hb September 2022: Alhamdulillah, WADAH-ABIM-PEPIAS Selangor telah menganjurkan Usrah WAP Selangor yang mengupas topik “Kosmopolitan Islam; Gerakan dan Cabaran Dakwah di Selangor”.
Bertempat di ADAB Youth Garage (AYG)/ABIM Bangi, Seskyen 1 Bandar Baru Bangi, program menampilkan para panelis seperti Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden ABIM); Prof Ts. Dr Zuriati Ahmad Zulkarnain (Pengerusi SALWA Selangor); dan Sdra. Amirul Aiman (Exco Pembangunan Sosial PEPIAS).






Moderator pula ialah Ustaz Mohd Zulkifli Awang, Exco Tarbiyyah ABIM Selangor. Para hadirin turut menunaikan Solat Jenazah Ghaib yang dimamkan Sdra. Faisal, buat Almarhum Syeikh Yusuf Qaradhawi, ulama’ besar yang banyak berjasa kepada ummat.
•••
Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h
Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/
#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti
