Perginya Permata Dakwah Negeri Perak, Ustaz Zulkifli Ibrahim

July 21, 2022
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke Rahmatullah Almarhum Ustaz Zulkifli Ibrahim, insan soleh pada 19hb Julai 2022 lalu.

Almarhum merupakan seorang yang sangat aktif dalam aktivisme sejak muda. Sepanjang tahun 1990 hingga 1999, Almarhum menjawat jawatan sebagai Exco Dakwah ABIM Perak di samping sebagai Yang Di-Pertua ABIM Cawangan Daerah Kinta dan ABIM Cawangan Bandaraya Ipoh. Beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengelola Sekolah Rendah Islam (SERI) Al-Ummah ABIM, Perak dan SABK Ma’had Al-Ummah, Chepor.

Merupakan antara pengasas Parti Keadilan Nasional Negeri Perak (KeADILan) pada 1999 sebelum bergabung menjadi Parti keadilan Rakyat (PKR).

Ketika ini Almarhum adalah Pengerusi Masjid Muhammad al-Fateh Taman Jati, salah sebuah masjid baru yang terbesar di Ipoh. Almarhum turut pernah aktif bergiat dalam pelbagai pertubuhan lain seperti Majlis Belia Daerah Kinta, Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (JAMA’IY).

Jenazah dibawa ke Masjid Muhammad Al-Fateh dan dikebumi di Tanah Perkuburan Meru Raya berhampiran kubur dua guru dan sahabat beliau yang juga aktivis ABIM, Almarhum Tuan Guru Ustaz Haji Mohamad Rivai Batu Bara dan Almarhum Ustaz Dr. Azmi Shah Suratman.

Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhum. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita sedekahkan al-Fatihah sekudusnya.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR