WACANA BELIA ISLAM DI KUANTAN, PAHANG

September 16, 2022
editor@abim

WACANA BELIA ISLAM DI KUANTAN, PAHANG

10hb September 2022: Alhamdulillah, bertempat di Kuantan, Pahang, telah berlangsung Wacana Belia Islam bersempena dengan Muktamar Belia Islam ABIM Negeri Pahang Kali ke-49 dengan tajuk Menetapkan Paksi Pendidikan Al Hikmah: Merungkai Kekeliruan Dan Memetakan Masa Hadapan.

Wacana ini telah disampaikan oleh Dr Radin Muhd Imaduddin bin Radin Abdul Halim dan telah dirasmikan oleh Saudari Fatin Nur Majdina Nordin selaku Naib Presiden HELWA ABIM. Wacana ini berlangsung selama satu hari di Dewan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Kuantan Pahang.

Wacana ini telah dihadiri oleh beberapa institusi pendidikan ABIM Pahang daripada Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota (SRIIM), Rohingya Education Centre (REC) Kuantan, KAFA ABIM Jengka dan juga ahli ABIM Pahang dari seluruh daerah.

Semoga dengan penyertaan dalam wacana ini dapat menguatkan lagi institusi pendidikan ABIM Pahang yang berpaksikan pendidikan Al Hikmah dan seterusnya melahirkan generasi khayra ummah.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku#GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR