WANITA DAN KENEGARAAN, MEMBINA DAN MEMIMPIN GENERASI

September 10, 2022
editor@abim

WANITA DAN KENEGARAAN, MEMBINA DAN MEMIMPIN GENERASI

31hb Ogos 2022 (Rabu): Alhamdulillah, HELWA ABIM dan Pertubuhan Wanita Anggerik Malaysia telah menganjurkan Forum Wanita & Kenegaraan di Bangi Golf Resort, Bangi. Terima kasih kepada semua yang menjayakan forum ini. Selain kenyang makan adalah kenyang ilmu dengan diskusi yang hidup dan segar.

Kita bukan memperjuangkan hak saksama wanita, tetapi pembinaan wanita yang akhirnya akan menyumbang kepada pembangunan negara“, menurut Prof Emeritus Dato’ Dr Nik Safiah Karim (Tokoh Bahasa dan Negarawan).

Pemimpin wanita masa depan perlu punya keupayaan diagnostik dalam analisis masalah dan mencari solusi,” kata Sdra. Naim Jaafar (Pengasas Foresight Malaysia).

Pembangunan golongan belia adalah pelaburan masa depan, perlu dilakukan seawal yang mungkin, perlu kepada kepelbagaian pendekatan dan peluang, dan perlu kepada kesabaran,” kata Sdri. Anis Hanani Suffian (Alumni SEMI/SERI ABIM Sungai Ramal).

Forum yang diadakan dengan tujuan untuk memupuk semangat cintakan negara dan memperkenalkan tokoh-tokoh pejuang negara khususnya dalam kalangan wanita. Forum ini turut menekankan tentang isu keganasan berasaskan gender yang masih tinggi di negara kita seperti isu keganasan rumah tangga, perkahwinan kanak-kanak, gangguan seksual dan kemiskinan haid.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR