WANITA DAN PEMBERDAYAAN: HELWA ABIM & RST BUAT PEMBENTANGAN DALAM PERSIDANGAN WANITA SELANGOR 2022

August 26, 2022
editor@abim

WANITA DAN PEMBERDAYAAN: HELWA ABIM & RST BUAT PEMBENTANGAN DALAM PERSIDANGAN WANITA SELANGOR 2022

Alhamdulillah, tahniah kepada Wanita Berdaya Selangor (WBS) atas penganjuran Persidangan Wanita Selangor 2022 pada 23-25hb Ogos 2022 dengan tema Cabaran Wanita Pasca Pandemik: Ke arah Selangor Saksama, Sejahtera dan Inklusif.

Banyak input penting diperolehi dalam persidangan. Selangor sebagai negeri terkaya di Malaysia sememangnya progresif dan berdaya saing. Topik-topik perbincangan juga menarik meliputi pendidikan, seni dan kebudayaan, kesihatan, perubahan iklim, ekonomi, politik dsb.

HELWA ABIM dan Rahmah Support Team membentangkan berkaitan tajuk Peranan Bantuan Awal atau Psychological First Aid (PFA) dalam intervensi kesihatan mental, yang juga merupakan sebahagian daripada usaha dokumentasi gerak kerja kami dalam isu kesihatan mental.

Majlis melabuhkan tirai dengan penyertaan 31 Kertas Persidangan dan 6 Pembentangan Poster.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku#GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR