YAB PM Rasmikan Hari Belia Negara 2023 Di Port Dickson

May 29, 2023
Admin Abim

YAB PM RASMIKAN HARI BELIA NEGARA 2023 DI PORT DICKSON

28hb Mei 2023: Alhamdulillah, ABIM terlibat sama dalam penganjuran Sambutan Hari Belia Negara 2023 yang dikelolakan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Majlis Belia Negeri Sembilan yang berlangsung meriah di Padang Pejabat Daerah dan Tanah, Port Dickson.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI), Perdana Menteri juga mantan Presiden MBM.

Hadir sama YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan; YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan; YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; Sdra. Mohd Izzat Afifi Abd Hamid, Presiden MBM; YB Datuk Johari Abdul Ghani, Speaker Dewan Rakyat; YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia; Exco-Exco Kerajaan Negeri; Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri; Pengurusan kanan KBS dan pimpinan belia.

Sambutan ini dihadiri lebih 30,000 belia dengan pelbagai segmen dan aktiviti.

DSAI memberitahu bahawa beliau akan membawa cadangan ke peringkat Jemaah Menteri supaya syarikat-syarikat berkaitan kerajaan seperti Khazanah Nasional Bhd. dan Petronas dilibatkan dalam program latihan belia yang memberikan tumpuan dalam aspek kepemimpinan.

Beliau menjelaskan, cadangan program latihan di institut latihan belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan itu akan dibawa beliau dalam masa terdekat untuk pertimbangan Jemaah Menteri bagi diluluskan.

Pada majlis berkenaan, DSAI turut menyempurnakan pelancaran Model Pembangunan Belia Madani 2030 (MPBM2030) yang menjadi pelengkap kepada Dasar Belia Malaysia.

Beliau dalam pada itu turut mengumumkan peruntukan RM5 juta kepada pertubuhan-pertubuhan belia melalui MBM.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR