Yang Ditunggu Telah Tiba: Buku HIMPUNAN GENTA RASA PRESIDEN MBM (Jufitri Joha) - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Yang Ditunggu Telah Tiba: Buku HIMPUNAN GENTA RASA PRESIDEN MBM (Jufitri Joha)

Alhamdullilah, yang ditunggu-tunggu akhirnya telah tiba. Buku HIMPUNAN GENTA RASA PRESIDEN MBM terbitan Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Kata Pengantar buku ini ditulis oleh Presiden ABIM, Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz.

Turut diserahkan oleh penulisnya sendiri, Sdra. Jufitiri Joha (mantan Presiden MBM dan Naib Presiden ABIM) kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob; disaksikan oleh Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu (Menteri Belia & Sukan) serta Sdra. Mohd Izzat Afifi Bin Hj Abdul Hamid (Presiden MBM).

Ia dibuat ketika Majlis Makan Malam serta Perasmian Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) kali ke-71 MBM, pada 7hb Mac 2022 di Dorsett Grand Subang, Subang Jaya, Selangor.

#MenggerakBelia #ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti