YB Fahmi Fadzil Hadir Tayangan Tertutup Filem IMAM Bersama Pimpinan ABIM

March 6, 2023
Admin Abim

YB FAHMI FADZIL HADIR TAYANGAN TERTUTUP FILEM IMAM BERSAMA PIMPINAN ABIM

21hb Februari 2023 (Selasa): Alhamdulillah, Menteri Komunikasi dan Digital, YB Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil telah hadir ke sesi tayangan tertutup filem IMAM arahan Sutradara Mior Hashim Manap, di GSC Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya.

Hadir sama, Presiden ABIM, Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz bersama pimpinan ABIM; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek dan pasukan Kementerian atas sokongan kepada ABIM dan Alkahfi Pictures dalam sesi khas tayangan filem IMAM ini.

Terima kasih juga kepada YB Mohd Azlan Helmi Helmi, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Perak atas sokongan. Filem IMAM ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 2hb Mac 2023 ini. Perjuangan membawa pembaharuan, insya Allah.

ABIM tampil sebagai rakan strategik filem IMAM, yang diadaptasi daripada novel karya Sasterawan Negara, Almarhum Datuk Abdullah Hussain. Naskah ini menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk M. Nasir, Faizal Hussein, Sani Kopratasa, Dato’ Rahim Razali, Dato’ Jalaluddin Hassan, Vanida Imran, Natasha Charmain dan ramai lagi.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/infaqramadhanabim

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku#GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR