















YDP ABIM KUALA MUDA DINOBAT JOHAN BAGI KATEGORI INDIVIDU LELAKI APBN 2021
11hb November 2021: Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ustaz Azfar bin Abdullah, Timbalan Yang Dipertua (YDP) ABIM Kedah yang juga YDP ABIM Kuala Muda, yang menerima Anugerah Perdana Belia Negara 2021 Peringkat Negeri Kedah.
Majlis disempurnakan oleh YB Encik Mohd Firdaus bin Ahmad, Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah yang berlangsung di Star City Hotel, Alor Setar. Tahun lepas, ABIM Daerah Kuala Muda menjadi Johan Bagi Kategori Pertubuhan Belia juga pada Hari Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2020.
Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada seluruh belia di Kedah untuk mencontohi kepimpinan serta kesungguhan beliau dalam menggerakkan pertubuhan belia.
Juga, semoga beliau dapat mengekalkan momentum kejayaan serta meningkatkan usaha ke arah mencapai misi dan matlamat organisasi pada masa hadapan.
Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio
#MenggerakBelia #DekadIniDekadAnda #ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti
