Zulfa Persaudaraan Merentas Sempadan

August 14, 2018
editor-media

Ziarah Ukhuwah Fil ‘Amal (ZULFA) telah mencapai siri ke 11 dengan 10 siri awal tertumpu kepada pembangunan masyarakat Islam di Kemboja. Kali ini sedikit berbeza. Masih menumpukan kepada Negara minoriti Muslim dengan hanya 9% daripada masyarakatnya beragama Islam, ZULFA menumpukan program membina hubungan langsung bersama masyarakat Muslim di Filipina. ZULFA pada kali ini digerakkan bersama projek khusus Iftar For The Needy yang saban tahun dijalankan oleh Global Peace Mission Malaysia (GPM).

Serentak sehingga ke penghujung Ramadhan, petugas dan sukarelawan GPM masing-masing bersiap sedia turun ke lapangan bagi tujuan menyampaikan sumbangan dan infaq bersempena kempen Iftar For The Needy. Bermula dari dalam negeri sendiri, ada yang menuju ke Selatan Thailand, ke Aheh, ke Vietnam, ke Filipina sehinggalah ke Jordan, Turki dan Syria. Alhamdulillah, setiap sen sumbangan yang diterima disampaikan khsusus buat masyarakat yang memerlukan.

Disambut dengan Maligayang Pagdating yang bermaksud Selamat Datang, Zulfa Filipina memulakan misi pada 8-11 Jun 2018 lalu dengan menumpukan kepada lawatan dan penyampaian sumbangan sehingga ke ceruk wilayah pelbagai sejauh dua hingga tiga jam perjalanan dari kota besar Manila selama tiga hari penganjurannya. Bermula dengan Pasig City, delegasi kemanusiaan yang disertai seramai 17 orang dari Malaysia terus dibawa menziarahi rumah anak yatim dan asnaf yang diduduki hampir 50 orang kanak-kanak perempuan. Tidak tertahan rasa hati melihat kedhaifan rumah yang didiami dari bekas gereja dan dihadiahkan kepada mereka sebagai tanda keprihatinan.

Di bawah bumbung yang bocor dan ruang yang sempit itulah, kesemua anak-anak ini menadah kitab dan berazam menghafaz al-Qur’an. Hari berikutnya tim dibawa menuju ke sebuah pusat pelajar tahfiz lelaki yang terletak juga lebih kurang dua jam perjalanan dari kota besar Manila di Pampanga, San Pedro. Kota ini tidak kurang sesaknya dari kota-kota besar lainnya terutama ketika warga kota pergi dan pulang dari pejabat. Perjalanan dan program kami menjadi mudah melalui bantuan dua pegawai polis trafik yang sentiasa mengiringi kami bermula dari awal sehingga berakhirnya misi. Peserta misi tidak melapaskan peluang mengambil kesempatan berkongsikan semangat dan sokongan kepada anakanak yang ada.

Pengalaman paling mencabar sepanjang misi dirasai pada hari terakhir ketika berziarah kepada masyarakat ‘Balik Islam’ di Kampung Wawa, di wilayah Batangas – sebuah kampung nelayan yang jauh dari pinggir kota. Letaknya di sepanjang sungai besar Wawa dan menempatkan lebih 250 buah keluarga beragama Islam dan Kristian.

Memasuki sahaja kawasan kampung menujulokasi sasaran, hujan yang mengiringi perjalanan sejak awal bertambah lebat. Jalan yang semakin sempit dan kecil, berlubang, tidak bertar, tidak rata dan berlopak dipenuhi air sehingga menyebabkan salah seorang pegawai trafik jatuh dari tunggangan motornya semakin mendebarkan semua peserta misi.  Melihat sahaja kumpulan rumah-rumah yang diperbuat dari buluh, jauh di sudut hati, masingmasing meyakini inilah lokasi terakhir misi yang akan disampaikan rasa keprihatinan dan kasih sayang melalui sumbangan yang akan dipanjangkan dari rakyat Malaysia.

 

Masing-masing peserta tidak hanya lencun dek kebasahan kerana hujan lebat sepanjang program berlangsung. Melihat senyuman dan sambutan hangat penduduk kampung Wawa turut membasahkan lagi hati peserta dengan ukhuwah yang dihulurkan. Komitmen sumbangan 100 set makanan asasi telah disampaikan. Kelak, usaha membina sebuah masjid sebagai pusat komuniti masyarakat Islam di sana akan dirancangkan.

GPM yang juga merupakan agensi kemanusiaan di bawah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) turut menggerakkan projek keprihatinan dan pembangunan komuniti di dalam dan luar Negara di lebih 20 buah Negara termasuklah Syria, Palestin, Kemboja, Nigeria, Filipina, Selatan Thailand dan lain-lain lagi. GPM menyeru dan menawarkan masyarakat untuk turut serta menyokong dan menyertai projek-projek kemanusiaan yang telah dan akan sentiasa berlangsung sebagai tanda penyatuan sokongan terhadap mereka yang sedang ditindas, dizalimi mahupun yang berterusan memerlukan bantuan.

Rakyat Malaysia turut dipelawa bagi bersama-sama menyertai projek Qurban For The Needy bagi masyarakat yang memerlukan di lebih 20 buah Negara bersempena sambutan Aid Al-Adha akan datang. Untuk makluman Qurban For The Needy. Harga pakej Filipina Qurban For The : RM 650 (satu bahagian). Tarikh penerimaan sumbangan ditutup pada 21 Ogos 2018.

Sumbangan Umum Turut Dibuka (RM 30: Pendidikan), (RM 100: Pek Makanan), (RM 50: Perubatan) Bank Islam: 1402 3010 02 9224 Maybank:- 5642 2161 1602 Affin Islamic:- 1051 9000 2871 Hubungi / whatapps : +6011 3731 2236

Sebarang sumbangan boleh terus dimasukkan ke dalam akaun GLOBAL PEACE MISSION MALAYSIA – MBB 5642-2161-1602. GPM boleh dihubungi di talian +603-414403441 atau terus ke alamat GPM di, 33-1 & 35-1 Jalan 2A/27A, Wangsa Maju, Seksyen 1, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia. *Penulis merupakan Exco Global Peace Mission (GPM) Malaysia

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR