Info Helwa

Kak Mas
Pengerusi HELWA
DR. Mastura Badzis
Hal Ehwal Wanita Islam ABIM
Pengumuman Program Jalinan Ukhuwwah WADAH-HELWA-HEWI PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 05 February 2009 07:59

Sukacita diumumkan, WADAH-HELWA-HEWI akan mengadakan program jalinan ukhuwwah pada 1 Mac 2009, bersamaan hari Ahad. Program akan bermula pada 11 pagi sehingga 2.30 petang, di Kolej Darul
Hikmah. Pengisian akan diberikan oleh Prof. Madya Datin Dr. Siti Zulaikah Mohd Noor. Kehadiran dibuka kepada semua aktivis WADAH, HELWA dan HEWI. Sessi jamuan akan diadakan secara pot luck. Sebarang makluman serta pertanyaan sila hubungi:
 
Kak Tie (WADAH)- 016 313 4273

Azmiza (HELWA)- 019 951 4389

Mariati (HEWI)- 016 854 9012

Last Updated on Thursday, 05 February 2009 08:01
 
Riadah HELWA dan HEWI PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 05 February 2009 07:58

Sempena dengan Tamrin Nisa' anjuran HEWI-PKPIM dari 21 sehingga 22 Februari 2009,HELWA Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan HEWI akan menganjurkan program riadah untuk merapatkan ikatan ukhuwah di antara aktivis-aktivis HELWA dan HEWI. Program itu diadakan ada 22 Februari 2009, di Kem Rekreasi Gunung Dato’, Rembau, Negeri Sembilan. Semua ahl-ahli HELWA dan HEWI dijemput hadir. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, sila hubungi, Azmiza, 019-951 4389, selaku Setiausaha Kerja ABIM.

Last Updated on Thursday, 05 February 2009 07:59
 
Usrah HELWA PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 27 November 2008 04:31
Usrah Pada 23 November lepas, sekali lagi HELWA ABIM meneruskan sesi usrah yang telah dirancang. Kali ini, usrah telah diadakan di rumah Pn. Suriyati Harun (isteri SUK ABIM, En. Saiful Alwi) di Taman Bukit Permata, Gombak. Usrah pada hari tersebut telah dimulakan dengan bacaam mathurat diikuti dengan tafsir dan seterusnya perbincangan tentang isu-isu semasa.

Usrah seterusnya adalah pada 13 Dis 2008 di FEDEC, Ampang. Jadi pihak HELWA ABIM menjemput seluruh AJK HELWA Pusat, pimpinan HEWI PKPIM, staf, dan mantan HELWA untuk hadir.
Last Updated on Thursday, 27 November 2008 04:33
 
Bengkel Sukarelawan AKADEMI NISA'ISLAM (ANIS) PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 27 November 2008 04:23
Bengkel Sukarelawan AKADEMI NISA'ISLAM (ANIS) telah berjaya diadakan ada 19 dan 20 Nov lepas di Bangunan FEDEC, Ampang. Peserta yang hadir merupakan pelajar sekitar Ampang dan juga ahli-ahli HELWA ABIM. Majlis pada pagi rabu itu bermula dengan taklimat program oleh Saudari Nor Azmiza yang merupakan eksekutif FEDEC. Manakala untuk Bengkel 1: Kenapa Aku? , pihak urusetia telah menjemput Saudari Akmariah yang merupakan Naib Presiden (HEWI) PKPIM untuk menyampaikan pandangan beliau. Dalam Bengkel 2, Saudara Haidhir telah hadir untuk berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang sukarelawan dalam PKPIM, ABIM dan beberapa badan yang lain. Selain bengkel, perbincangan dan pembentangan dalam kumpulan turut diadakan. Pada keesokan harinya, peserta ANIS telah dibawa ke Rumah Nur Salam sebagai pendedahan pertama mereka ke arah mengenali dan memahami realiti masyarakat hari ini dan usaha-usaha yang boleh disumbangkan.

Pihak FEDEC-ABIM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan bengkel 2 hari ini.
Last Updated on Thursday, 27 November 2008 04:23
 
«StartPrev123NextEnd»

Page 1 of 3

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.