Penyalahgunaan Media Sosial Boleh Ancam Institusi Keluarga

August 26, 2015
editor-media

22 Ogos 2015, Kolej Dar Al-Hikmah:- Bahagian Hal Ehwal ABIM telah menganjurkan Bicara Wanita Dan Sains : Antara Perspektif dan Penglibatan (‘WASAPP2015) bicara ini telah menghimpunkan barisan panelis yang terdiri daripada saintis wanita yang sedang mengembangkan kerjaya dalam bidang teknologi maklumat (ICT), perubatan, farmasi, fizik dan sains angkasa.

Dalam ucaptama “Globalisasi Melalui ICT: Ancaman Keselamatan & Risiko Terhadap Keluarga”, Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir, mengingatkan para hadirin agar berhati-hati ketika berinteraksi menerusi rangkaian media sosial. Ini kerana interaksi menerusi media sosial mendedahkan para penggunanya kepaa risiko-risiko yang menjadi ancaman dalam institusi keluarga. 

Risiko tersebut hadir dalam bentuk-bentuk berikut: 1. Spam. Phishing, Vishing (video phishing) , Smishing (SMS phishing) . 2. Cyberbullying 3. Cyberstalking 4. Cyberflirting 5. Cyberbaiting 6. Botnets and Zombie. 7. Social engineering (manipulation).

Prof Madya Dr. Nur Izuar Udzir turut mendedahkan statistik menarik yang dirujuk daripada Norton Report, “Lelaki lebih ramai yang menjadi mangsa ‘cyber victims’ kerana lelaki luangkan lebih banyak masa di Internet berbanding wanita “.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo