
8 Mei 2026 (Jumaat):- Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada Sdr. Muhammad Azamuddin bin Ahmad Syahrul Herman, Ketua Umum Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) yang tampil menyampaikan khutbah Jumaat sempena sambutan Hari Belia Negara.
Seramai 94 orang belia yang mendapat perkenan Tuanku Sultan Nazrin Shah melalui tauliah khas untuk menyempurnakan tanggungjawab tersebut di seluruh negeri.

Turut menyampaikan khutbah ialah Sdr. Muhammad Abdin Shakirin dan Sdr. Mohamad Haikal Sopian yang merupakan alumni Madrasah Al Hikmah.
Ketiga-tiga mereka telah dipilih untuk mewakili Angkatan Belia Islam Malaysia – Perak di tiga buah masjid utama negeri Perak.
Turut bersama dalam sesi ini ialah Tan Sri Anuar Zaini, YDP Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan Dato’ Hj. Harith Fadzilah BIN Abdul Halim, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk).
Pihak TV Al Hijrah dan Sinar Harian juga hadir membuat liputan sebelum sesi solat bermula.
Semoga pengalaman ini menjadi pendorong kepada anak-anak muda untuk berbakti kepada umat.
