Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah pulang ke negeri abadi

September 26, 2022
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke Rahmatullah Syeikh Prof. Dr. Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi, seorang ‘alim yang amat kita sayangi, yang telah dijemput pulang ke negeri abadi. Seorang pejuang, seorang mujtahid, mujaddid, tidak takut mendepani mara bahaya sang penguasa yang zalim.

Sejak awal penubuhan ABIM, Almarhum telah menjalin hubungan yang akrab bersama para penggerak ABIM. Selain mengisi program-program ABIM apabila berkunjung ke Malaysia, Almarhum turut menawarkan buku-buku tulisannya untuk diterjemahkan oleh ABIM sejak era 80an.

Malahan, kata pengantar terakhir yang dikarang oleh Almarhum Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil (Presiden ABIM yang ketiga) ialah yang disertakan dalam kitab alHawi terbitan ABIM PRESS. Kitab ini asalnya ditulis oleh Syeikh Qaradawi dalam bahasa Arab. Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhum. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita hadiahkan al-Fatihah.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo