ABIM Abadikan Legasi Hamka Di Maninjau

July 10, 2017
editor-media

7-10 Julai 2017:- Alhamdulillah, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz (Setiausaha Agung ABIM), telah ke Sumatera Barat, untuk lawatan sambil belajar ke beberapa projek pembangunan masyarakat serta pendidikan di sekitar Kota Padang, Bukit Tinggi, Pariaman dan Maninjau. .

Sementelah, beliau dan para delegasi turut mengunjungi Muzium Rumah Kelahiran HAMKA di Maninjau, Sumatera Barat. Di Muzium bersejarah ini, terdapat Kutub Khanah yang dibina oleh ABIM ketika era Presiden ABIM ke-4, iaitu Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman. Gambar-gambar ketika Program Jejak Ulama Buya HAMKA (pada Julai 2004) anjuran ABIM turut dipaparkan di muzium tersebut. .

Sesungguhnya, Buya HAMKA digelar ‘Bapa Sejuta Umat’ – setiap hari ketika hayatnya, menerima 10-15 orang tetamu yang mengadu hal dan meminta tausiyah nasihat tanpa sebarang upah. . Malah, Buya Hamka yang mengeluarkan duit dan diberi kepada tetamu yang miskin; sebagai kos perjalanan pulang. . Delegasi turut menziarahi Muzium Rumah Kelahiran Bung Hatta, Proklamator Republik Indonesia, di Bukit Tinggi. . Semoga ALLAH SWT merahmati kedua-dua tokoh pejuang Nusantara ini. Al-Fatihah sekudusnya. . Innalillahi wainna ilaihi rajiun. .

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo