Alhamdulillah, Siri Jelajah Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) 2026 telah berlangsung dengan lancar sepanjang bulan Ramadan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan EXCO ABIM Perak yang telah meluangkan masa dan tenaga dalam menjayakan program ini.
Ucapan terima kasih juga kepada para penerima yang terdiri daripada guru-guru, staf serta para pelajar di bawah institusi ABIM Perak, iaitu Sekolah Menengah Islam, Sekolah Rendah Islam dan TASKI. Tidak dilupakan juga kariah masjid, surau serta penduduk sekitar Meru dan Chemor yang telah menerima sumbangan pek barangan dan beras.
Semoga Ramadan 1447H ini membawa rahmat dan keberkatan kepada kita semua, serta terus mengeratkan jalinan ukhuwah antara ABIM Perak dan masyarakat setempat, insya-Allah.
