
Pada 6 Ogos 1971 Angkatan Belia Islam Malaysia telah ditubuhkan bertempat di Dewan Al-Malik Faisal, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Petaling Jaya.
Cadangan penubuhan ABIM telah diluluskan ketika Persidangan Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) kali kesepuluh.
Dalam waktu yang sama juga PKPIM telah menganjurkan Kongres Universiti Islam Malaysia yang dianjurkan PKPIM antara 3 Ogos sehingga 7 Ogos 1971.
Usaha ke arah penubuhan organisasi yang kemudian telah dikenali sebagai ABIM telah dimulakan pada 1969. Usaha ini berasaskan kepada kesedaran untuk mewujudkan badan induk yang mewakili golongan belia Islam di negara ini.

Perbincangan di antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKPIM dan Allahyarham Ustaz Dr Mohd Razali Nawawi di London pada 1969, adalah saat penting yang mencetuskan kepada penubuhan ABIM dua tahun kemudian.
“What’s Next?”
Persoalan itu diajukan Allahyarham Ustaz Dr Mohd Razali Nawawi dalam perbincangan dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa perbincangan tersebut.
Persoalan ini telah dijawab dengan usaha yang akhirnya direalisasikan dengan penubuhan ABIM.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah pengerusi jawatankuasa penaja yang mengusahakan ke arah penubuhan ABIM.
Allahyarham Ustaz Razali Nawawi kemudian telah ditaklifkan sebagai Presiden ABIM pada tahun 1972.
Alhamdulillah. Sehingga kini ABIM masih berperanan sebagai dirgahayu yang menaungi umat setelah 55 tahun ia ditubuhkan.
