
4hb Ogos 2018: Alhamdulillah, Sdr. Jufitri Joha, Naib Presiden ABIM serta Majlis Belia Malaysia (MBM), telah mewakili ABIM Pusat, untuk menghadiri Muktamar Sanawi ABIM Kedah. Keunikan ABIM Kedah pimpinannya banyak dibarisi para asatizah keluaran pondok dan Timur Tengah. Tidak kurang juga mereka ini sebahagiannya ahli PAS dengan membawa aliran sederhana dan intelektual. Politik kepartian adalah pilihan masing-masing yang wajar dihormati. Tradisi ABIM, ialah pemegang jawatan tidak boleh memegang jawatan besar dalam parti. Jika mereka pemegang jawatan besar politik mereka harus meletak jawatan namun boleh terus kekal sebagai ahli ABIM. ABIM sebagai gerakan non-partisan namun meraikan cross-partisan. Perwakilan ABIM Kedah mencadangkan penubuhan Akademi Kepimpinan ABIM di Beris Sik dan Pusat Bimbingan Juvana. Ucaptama disampaikan oleh Y. B Dato’ Ahmad Bin Kasim, Speaker DUN Kedah. Program ini turut menampilkan Y.B. Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman (Ahli Parlimen Sik dan AJK PAS Relief Malaysia) serta Y.B. Saudara Noor Amin Ahmad (Ahli Parlimen Kangar dan Ketua Biro Latihan AMK). Dialog gerakan belia pasca Malaysia baharu boleh ditonton di sini:
