Untuk Mu Muhajirin Rohingya

August 29, 2018
editor-media

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah. Tim QFTN #UntukMuMuhajirinRohingya5.0 telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Lunas sudah kami melaksanakan amanah dari rakyat Malaysia, Masyarakat Indonesia serta Bonyan Organization untuk ibadah Qurban 1439H bagi Muhajirin Rohingya yang memerlukan di perbatasan Cox’s Bazar dan Myanmar dengan kerjasama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang telah bersama-sama kami sejak 19 Ogos 2018 sehingga 25 Ogos 2018.

Sebanyak 53 ekor lembu dan 11 ekor kambing telah berjaya dikorbankan dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Dianggarkan 7,950kg lembu dan 550kg kambing telah disembelih dan seramai 42,500 orang Muhajirin Rohingya yang memerlukan yang menetap di Kem Balukhali dan Kem Kutupalong di Cox’s Bazaar serta Muhajirin Rohingya yang berada di Chittagong telah menerima manfaat dari #QurbanAndaHarapanMereka.

Beras sebanyak 500kg hasil sumbangan dari Tuan Puan pula telah diagihkan kepada sekitar 100 keluarga yang memerlukan di sekitar Chittagong, tidak jauh dari pusat agihan daging qurban di Masjid Ali Hassan Al-Marai’e, sebuah kawasan penempatan Muhajirin Rohingya di luar kem namun sangat dhaif.

 

Pihak GPM merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada peserta Qurban dari Malaysia, Masyarakat Indonesia dan juga Bonyan Organization atas segala sumbangan yang dihulurkan dan tidak lupa kepada rakan kerjasama, MVM dan rakan NGO lapangan serta mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam misi pada kali ini.

“Humanitarian Mission Across Borders”

Wan Noor Fadhilah Wan Ibrahim

Ahmad Hamizan Ahmad Horman

Mohamad Aliemran Norasid

Tim QFTN Bangladesh 2018

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo