





NAIB PRESIDEN ABIM DIJEMPUT SEBAGAI MENTOR / PAKAR KANDUNGAN (CONTENT EXPERT) BAGI BENGKEL BELIA TECHNOLOGY & INNOVATION IN BUILDING & ENHANCING RESILIENCE’ (TIBER), DI KUALA LUMPUR
11hb November 2021: Alhamdulillah, Sdra Zairudin Hashim (Naib Presiden ABIM) telah diundang sebagai mentor/pakar kandungan (content expert) dalam bengkel belia bertajuk ‘Technology & Innovation in Building & Enhancing Resilience’ (TIBER) bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Program dianjurkan oleh Bahagian Komunikasi Strategik Digital (BKSD), Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), sebuah agensi di bawah Kementerian Luar.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan kesedaran para belia berhubung ancaman keganasan ekstremisme dan radikalisme melalui penghasilan naratif-naratif balas bertemakan ‘Digital Resilience’. Bengkel ini disasarkan kepada pelajar daripada institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Untuk rekod, ABIM telahpun mempunyai ‘task force’ dalam membawa agenda ‘countering violent extremism (CVE)’, di mana banyak siri dialog serta wacana dianjurkan bersama badan-badan dalam dan luar negara, dalam menentang fahaman ekstremisme.
Malahan, pada 1984, ABIM telah menerbitkan buku “Kebangunan Islam: Di Antara Tantangan Dan Ekstrimisme” (Islamic Awakening between Rejection and Extremism) tulisan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi pada 1984.
Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio
#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti
