ABIM Bangi & Masjid Al-Hasanah Anjur Futsal Persahabatan

March 16, 2022
editor@abim

ABIM BANGI & MASJID AL-HASANAH ANJUR FUTSAL PERSAHABATAN

13hb Mac 2022: Alhamdulillah, ABIM Bangi bersama Masjid Al-Hasanah telah menganjurkan Pertandingan Futsal persahabatan diantara Masjid, NGO dan surau-surau. Sebanyak 5 buah pasukan yang mengambil bahagian antaranya skuad Masjid Hasanah, ABIM Bangi, Surau Al-Falah, Surau Ar-Raudah dan LK FC dari Kajang.

Turut hadir YBhg Setiausaha Masjid Al-Hasanah, Tn Hj Khalil bin Jabbar bagi menyampaikan cenderahati kepada peserta. Dengan tema ukhwah fillah abadan abada, futsal ini dapat mengeratkan lagi hubungan Masjid dengan anak muda. Mungkin ini pemulaan langkah untuk kita menggalakkan anak muda bersama Masjid. Insya Allah lebih banyak aktiviti menarik akan kita jalinkan kerjasama dengan Masjid selepas ini.


Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR