ABIM BESUT ANJUR KURSUS KECEMERLANGAN AL-QURAN (KKQ) 2022

December 31, 2022
Admin Abim

ABIM BESUT ANJUR KURSUS KECEMERLANGAN AL-QURAN (KKQ) 2022

Alhamdulillah, bermula 11 sehingga 22hb Disember 2022, ABIM Besut telah menganjurkan Kursus Kecemerlangan Al-Quran (KKQ) 2022 selama 2 minggu di beberapa buah lokasi antaranya: Masjid Al-Islah, Kampung Limbongan; Masjid Kayu Ulul Albab, Seberang Jerteh; Masjid Kampung Darau, Hulu Besut; Pusat Al-Quran As-Solihin Gong Kepas Dalam; Pusat Al-Quran As-Solihin, Taman Seri Intan Kuala Besut.

Selain itu, program ini turut diadakan di Pusat Al-Quran As-Solihin Jabi; Masjid Haji Husain, Kampung Baharu; Masjid Al-Muhajirin, Kampung Beris Lampu; Masjid As-Solihin, Padang Luas dan Surau Perumahan Kos Rendah Alor Lintang.

AKTIVITI MEMANAH TRADISIONAL BERSAMA ABIM BESUT

Pada 17hb Disember 2022 (Sabtu), ABIM Daerah Besut telah menganjurkan aktiviti Memanah Tradisional sempena Kursus Kecemerlangan Al-Quran (KKQ) 2022 di Masjid Al-Islah, Kampung Limbongan.

Program dimulakan dengan doa serta Solat Sunat Dhuha. Peserta turut didedahkan dengan penjelasan bahawa memanah adalah sukan Sunnah Nabi Muhammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam.

Falsafah memanah sebenarnya bukan saja dapat melatih fizikal seseorang, bahkan ia turut mendidiknya daripada sudut emosi untuk menjadi lebih sabar, tenang dan tidak mudah gelabah.

ABIM BESUT RAIKAN 40 FASILITATOR KURSUS KECEMERLANGAN AL-QURAN (KKQ) 2022 KE-14

Kemudian, pada 25hb Disember 2022, telah dianjurkan Majlis Hi-Tea bersama 40 orang fasilitator dan urusetia yang telah bertungkus lumus menjayakan Kursus Kecemerlangan Al-Quran (KKQ) kali ke-14/2022 selama 2 minggu.

Sebahagian fasilitator dan urusetia ABIM Besut juga merupakan sukarelawan misi bantuan pasca banjir, ada yang tidak dapat hadir bersama.

Terima kasih Belia Islam Besut, pengorbanan dan sumbangan bakti kalian amat dihargai.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1.

Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR