ABIM Gerakkan Tabung Buku Sejarah Braille Untuk OKU Penglihatan.

September 14, 2020
editor-media

3 hb September 2020 (Khamis): Alhamdulillah, telah diadakan sesi sidang media khas anjuran ABIM dan Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM) bertempat di Sekretariat ABIM Pusat.

abim. yayasan orang buta malaysia. yobm. mfb. braille 7

Pelajar dari golongan OKU penglihatan perlukan bantuan anda. Buku braille ini bukan saja mahal tapi juga susah nak dapat. Kekurangan akses kepada buku-buku ini menyukarkan mereka untuk menimba ilmu.

Setiapkali ada yang sumbang buku braille di sekolah, berebut-rebut pelajar nak baca. Malangnya, tulisan timbul ini cepat ‘haus’ bila digunakan berulangkali, makin lama, makin ‘tenggelam’. Ada yang rosak selepas sebulan-dua digunakan, sebab tak semua pelajar sekolah mahir membaca. Jadi, kalau dah rosak, kena beli buku baru.

mesin taip braille 3

 

mesin taip braille 2

Buku audio pula tidak terlalu membantu dalam proses belajar membaca.

Apa jadi bila orang buta tak cukup buku? Akan ada anak-anak OKU yang tak boleh membaca braille dan menjadi buta huruf.  Kita sembang nak jadi negara maju, bangga dah merdeka 63 tahun, malangnya anak-anak kita ini nak membaca pun bermasalah.

Apa jadi bila ramai OKU penglihatan tak pandai membaca? Kalau betul kita ikhlas nak bangunkan negara, kita kena peduli dengan golongan OKU, sebab mereka pun ada hak untuk pendidikan.

 

Pembangunan haruslah saksama, jangan lupa golongan ini dan biarkan mereka tercicir.

‘Pendidikan untuk semua’ bermaksud, orang buta juga berhak untuk belajar, baca buku dan dapat ilmu!

Tuan-Tuan & Puan-Puan Budiman, ABIM bersama Yayasan Orang Buta Malaysia (http://www.mfb.org.my/) sedang berusaha mengumpulkan RM100,000 untuk membantu menyediakan buku-buku sejarah dalam bentuk braille untuk anak-anak OKU kita.

Tuan/Puan budiman boleh bayangkan, harga 1 buku teks sejarah biasa mungkin agak mampu milik bagi kita, tapi tidak bagi mereka yang hilang upaya penglihatan. Kos bagi setiap buku mencecah sehingga RM90 termasuk ‘proofread’ dan cetakan.

Tuan/Puan budiman, Marilah bersama kami dalam projek. 
Kempen boleh sahaja seorang sebuah buku dengan harga RM90 sahaja.

Sumbangan seikhlas hati Tuan/Puan budiman boleh terus dimasukkan ke dalam akaun BANK ISLAM ABIM:

14023010032527.

* Rujukan sumbangan: DANA PRIHATIN OKU (012-6211545)

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR