ABIM Hadiri Seminar Risalah An-Nur & Bediuzzaman Said Nursi - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM Hadiri Seminar Risalah An-Nur & Bediuzzaman Said Nursi

27 Mei 2012 – Exco Undang-undang ABIM, Saudara Khairul Anwar Ismail sedang menghadiri  Simposium Antarabangsa Bediuzzaman Said Nursi & Risalah an-Nur kali ke-5 di Ankara, Turki. Seminar ini diadakan untuk menghayati ibrah di sebalik perjuangan Bediuzzaman Said Nursi serta karya agungnya, Risalah An-Nur.

Apa yang menarik sempena dengan seminar ini ialah penganjur telah berbesar hati menjemput Ahmad Azam Ab Rahman (Presiden ABIM 1997-2005) untuk turut sama memberikan ucapan aluan setelah majlis dirasmikan oleh Huseyin Celik, Timbalan Pengerusi AK Parti yang mewakili Perdana Menteri Turki; Recep Tayyib Erdogan.

Dalam ucapan aluannya, Tuan Haji Ahmad Azam mengetengahkan signifikasi semangat Ukhuwwah Islamiyyah sepertimana yang ditekankan dalam surah Al-Hujurat (49:10). “Atas nama Ittihad Al-Islamiyyah (Kesatuan Islam) kita semua hadir dari seluruh pelusuk dunia untuk memahami serta menghargai khazanah keilmuan Bediuzzaman Said Nursi menerusi Risalah An-Nur,” jelas beliau yang juga merupakan salah seorang exco Kesatuan NGO-NGO Dunia Islam (UNIW) yang berpengkalan di Turki.

Majlis disudahi dengan doa yang dibacakan oleh Hoca Said Nuri dan bacaan ayat suci al-Quran oleh Imam Khatib, Masjid Piyale Pasha, Istanbul; Ishak Danis, dan ditambah dengan dendangan selawat yang menggegarkan stadium oleh para hadirin. Turut membentangkan kertas kerja Tuan Haji Yunus Aminuddin, (The Political and Economical Integration; the Fruits of the Islamic Unity), Ahli Jawatankuasa Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).